01 September 2013

Syawal dan "Open House" 1.2....




Semalam adalah 24 Syawal 1434H. Kemeriahan sambutan Adilifitri masih terasa. Walau pun Aidilfitri hanyalah 1 hari tetapi kita merayakannya selama sebulan penuh.

"Sebulan berpuasa maka sebulanlah beraya, chor." kata seorang rakanku. 
Tapi jika dilihat kepada ibadah puasanya. Sebulan Ramadhan berlangsung hanya 10 hari sahaja yang dia berpuasa penuh. Bakinya macam biasa... "Aku kerja berat. Berjemur tengah panas. Darurat bosss!!!".

Tak kisahlah berapa lama kita mahu beraya, cuma tanggungjawab kepada yang Maha Esa jangan dilupakan. Jangan kerana kesibukan mengadakan "Open House" dan mengejar pula untuk ke majlis-majlis "Open House" maka kita meninggalkan solat Zuhur dan Asar. Nanti hilang pula keberkatannya.

Syawal bukan sekadar bulan untuk kita "melantak" (maaflah sebab menggunakan istilah melantak) makanan semata-mata. Bulan ini adalah bulan di mana kita meneruskan kesinambungan setelah berakhirnya Ramadhan. Syawal adalah bulan kita untuk kita menjadi umat Islam yang mantap setelah di"kursus"kan selama sebulan. Jangan dirosakkannya hanya kerana keghairahan kita untuk bergembira dan bersuka ria.

Sepanjang Ramadhan, kita menjalani pelbagai program kerohanian seperti berterawih, mendengar tazkirah, bertadarus dan bermacam-macam "ber-" lagi. Semuanya kearah meningkatkan ketakwaan diri dan mencari redha ALLAH semata-mata. Sepatutnya selepas Ramdhan, kita meneruskan lagi amalan-amalan sebagini. Kita boleh memulakan dan mengerjakan solat sunat rawatib. Selain itu kita juga boleh meneruskan amalan bersedekah dan menghadiri kuliah-kuliah pengajian agama di surau dan masjid.

Amalan membaca Al-Quran juga perlu diteruskan. Sebaik-baiknya kita membaca dan memahami terjemahannya. Al-Quran perlu diamalkan dan bukannya untuk disimpan. Mukjizat yang ALLAH turunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini merupakan satu anugarah yang tiada tandingannya di dunia ini. Sesuai dengan kehidupan manusia dewasa ini yang lebih mementingkan ilmu pengetahuan. Apakah kita masih mahu mendustakannya setelah berbagai-bagai nikmat diberikan oleh ALLAH kepada kita.

P/S : Semasa awal-awal Ramadhan, bukan main status kita di "facebook". Boleh dikatakan setiap malam, akan ada status ke masjid dan surau untuk berterawih. Tetapi setelah berakhirnya Ramadhan status ke rumah ALLAH sudah tiada lagi. Kini hanya ada status-status atas urusan dunia. Lihatlah betapa hipokritnya kita kepada ALLAH SWT....
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .