Selamat hari ulang tahun kelahiran MAK..
Moga ALLAH Panjangkan umur MAK dalam kebajikan…
Moga kami dapat membalas segala jasanya yang tidak terhingga…
KAU kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya…
agar MAK dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ‘hambaNYA’.
KAU berilah MAK kekuatan…
agar tabah mengharungi liku-liku kehidupan..
yang penuh dengan rintingan dan cabaran…
TUHAN yang maha penyayang..
Jadikanlah MAK orang yang yang beriman..
Yang tunduk dan patuh kepada segala perintahMU..
Yang bersyukur atas segala nikmatMU..
Yang peduli dengan segala suruhanMU..
KAU ampuni segala dosa MAK…
Agar MAK tampil suci mengadapMu…
Ya ALLAH.. Yang Maha Besar
Jadikanlah kami anak yang soleh dn solehah..
Yang tak jemu mendoakan MAK…
Pagi, petang dan setiap waktu..
KAU jadikanlah kami anak yang berguna…
Yang akan membalas segala jasanya….
Ya ALLAH … Ya RAHMAN.. Ya RAHIM…
KAU pahatkan rasa cinta, sayang dan rindu ini pada nya…
sehingga akhir hayat kami…
Aminnn… Ya Rabballamin..
Selamat Hari Lahir buatmu
semoga ALLAH sentiasa merahmati dan menyayangi mu…
P/S : Nurkilan Addinul Huda sempena Hari Lahir Bondaku yang ke-65 tahun. Semoga ALLAH mengurniakan kesihatan yang baik dan mendapat perlindungan-NYA pada setiap masa.....
1 comment:
Salam, menitik airmata membaca nukilan ni. Hargailah mak selagi masih ada. Sangat pedih dan perit rasa apabila kehilangan mereka. Semoga mak sentiasa dirahmati. AMIN. Tak balik kpg jenguk mak ke?
Post a Comment