Gambar ihsan daripada fb Mohd Ridzuan Md Nor
Kenyataan yang biasa di dengar...
"Rajin beribadat pun belum tentu dia tu baik. Belum tentu juga dapat masuk syurga."
"Aku ni nampak aje jahat. Tapi hati baik. Jahat-jahat aku pun belum tentu aku masuk neraka."
"Tak payahlah nak nasihatkan aku. Tiba masanya.nanti aku berubahlah. Kuburkan masing-masing."
"Elehhh... nak nasihatkan aku konon. Dulu kau pun sama macam aku... 2 x 5 aje."
"Kau jangan sibuk-sibuk boleh tak. Kalau aku masuk neraka pun, ada aku susahkan kau."
"Orang Islam yang masuk neraka pun akan masuk syurga juga akhirnya. Jangan susah-susahkan hati bro."
"Aku tak pakai tudung bukan bermakna aku jahat. Kadang-kadang orang yang pakai tudung lebih jahat daripada aku."
"Pergi masjid tiap-tiap waktu belum tentu hatinya baik."
"Aku lepak kat kedai mamak hingga ke Maghrib pun aku tetap ingatkan Allah. Jangan pandang aku hina sangat."
"Posting di fb pasal isu-isu keagamaan. Nak tunjuk baiklah tu."
"Fb adalah tempat untuk bersosial. Bukannya tempat untuk "posting" pasal keagamaan."
"Aku kalau nampak "posting" pasal agama kat wall aku memang aku akan padamkan terus. Menyemak saja."
"Kita bersembang ni tak payahlah nak masuk bab-bab agama. Kita nak bergembira... nak hilangkan "stress". Elok bincang pasal benda lain."
"Bila sudah tua nanti aku pergilah ke masjid."
"Dia dah baik, takkan nak campur dengan kita lagi. Tak payahlah ajak dia. Menyusahkan aje."
"Aku bukannya tak mahu nak menyelesaikan masalah ini secara baik. Cuma kalau bertemu nanti bergaduh pula. Terpekik-terlolong hingga satu kampung dengar. Buat malu aje nanti."
"Undang-undang Allah ni bagus cuma susahlah kalau nak dipraktikkan di negara kita. Apa kata orang bukan Islam nanti."
"Aku seksi pun ada aku kacau kau!!! Kau nak tengok... kau tengok. Tak suka, kau pandang ke lain. Kan ke senang tu."
"Saya kalau boleh, saya nakkan suami yang beriman dan beramal soleh. Nanti bolehlah dia membimbing saya," kata perempuan seksi itu.
"Aku seksi pun ada aku kacau kau!!! Kau nak tengok... kau tengok. Tak suka, kau pandang ke lain. Kan ke senang tu."
"Saya kalau boleh, saya nakkan suami yang beriman dan beramal soleh. Nanti bolehlah dia membimbing saya," kata perempuan seksi itu.
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment