Semoga tiada ibubapa begini di kalangan kita. Jika tidak jelas tentang sesuatu perkara, kita perlu bertanya. Sebab itu jika ada mesyuarat agung PIBG diadakan setiap tahun di sekolah, lapangkan masa dan hadirilah mesyuarat tersebut. Pada masa itu barulah kita akan memahami akan sesuatu keputusan yang telah dibuat. Kita juga boleh membuat bantahan tentang sesuatu cadangan dengan mengutarakan alasan yang munasabah dan dapat diterima akal. Ibubapa juga boleh menjadi AJK PIBG agar idea-idea dapat diketengahkan demi kepentingan bersama. Tenaga antara ibubapa dan guru serta pihak sekolah dapat digembelengkan bersama. InSyaAllah... hasilnya akan lebih mantap dan berkesan.
Tahukah anda bahawa wang yang telah dikutip daripada ibubapa sama ada melalui kutipan yuran atau derma akan digunakan kembali kepada anak-anak kita. Jika PIBG mempunyai dana yang kukuh, maka akan banyaklah program yang boleh dirancang. Maka akan banyaklah program yang akan dilaksanakan. Semua itu, bukan untuk keuntungan guru semata-mata. Guru-guru akan menjadi ajk pelaksana pula agar program-program tersebut dapat mencapai objektifnya. Masa perlu dikorbankan dan adakalanya duit terpaksa dikeluarkan daripada poket sendiri. Tiada anak sendiri dan tanggungjawab menjadi berat kerana terpaksa menjaga keselamatan "anak orang lain" sepanjang program berlangsung.
Janganlah suka membuat tuduhan melulu begini. Cikgu pun ada anak juga dan cikgu juga kena membayar yuran PIBG sama seperti ibubapa lain yang bukan cikgu. Tiada keistimewaan atau pengecualian kepada anak guru walau pun anaknya berada di sekolah sendiri. Kadang-kala anak cikgu pun terpinggir kerana cikgu lebih mengutamakan anak orang lain melebihi perhatian kepada anak sendiri semasa di sekolah.
P/S : Bila pasal persekolahan anak-anak, kita bukan main berkira untuk mengeluarkan duit. Bila pada perkara-perkara lain yang membazir kita sanggup walau pun terpaksa membelanjakan sehingga ribuan ringgit. Bukan mudah untuk menjadi ibubapa kerana tanggungjawabnya berat bukan untuk "seks" semata-mata.
No comments:
Post a Comment