11 May 2014

Kuliah KoTaRaJa - Ust Fawwaz Md Jan, Ahad, 11 Mei 2014



1. Jika Allah mengkhendaki seseorg itu menjadi baik maka akan dipermudahkan segala perjalanannya ke
   majlis-majlis ilmu
2. Dalam Al Quran kiamat mempunyai 40 nama.
3. Permulaan Akhir Zaman apabila Nabi Muhammad diutuskan sebagai Rasul.
4. Nabi Muhammad diutuskan untuk memberikan petanda bahawa betapa rapatnya baginda dengan masa  
    kiamat.

Akhir zaman terbahagi kepada lima :
1. Zaman kenabian
2. Zaman khulafah
3. Zaman pemerintahan yang menggigit
4. Zaman pemerintahan yang bermaharajalela
5. Zaman pemerintahan yang adil. (Zaman Nabi Isa dan Imam Mahadi.

Tanda-tanda kiamat
1) Tanda-tanda Kecil
    a. Menunaikan ibadah haji.
        - Golongan berjawatan menunaikan ibadah haji dalam keadaan yang mudah.
        - Ahli perniagaan mencari peluang perniagaan.
        - Org miskin meminta-minta
        - Orang yang pandai ilmu agama pergi menunaikan haji untuk mendapatkan gelaran.
    b. Anak-anak muda mulai mengamalkan sunnah.
    c. Manusia berada dalam dillema.
    d. Penduduk Makkah mulai berpindah keluar, duduk di tanah halal. Mereka hanya pulang untuk           
        menguruskan harta bendanya di Makkah.
    e. Ibu melahirkan tuannya. Ibubapa perlu menuruti kata-kata anak.
    f. Lahirnya pemimpin-pemimpun yang jahat.
       i.Berkata bohong
       ii. Zalim dan suka mengambil harta rakyat.
          - Siapa yang menyokong pemerintah jenis ini Nabi Muhammad tidak akan mengakunya sebagai      
            umatnya.

2) Tanda-tanda Besar
    a. Terbitnya matahari pada sebelah barat.
    b. Keluarnya binatang yang melata pada waktu Duha.
Nota : Masih ada lagi tanda-tanda besar yang lain. Ustaz Fawwaz hanya menyentuh dua perkara sahaja.

Kesimpulannya kita tidak perlu takut akan kedatangan tanda-tanda ini. Kita perlu memikirkan apakah persiapan untuk menghadapi tanda-tanda kiamat tersebut.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .