23 July 2015

Islamkah Kita?



Bila orang hina agama kita, marahnya kita bukan kepalang. Sanggup mati syahid dan rela mengorbankan nyawa.

Tetapi bila Allah menyuruh kita berpuasa...kita engkar. Kita tanpa segan-silu makan di hadapan adik-beradik, sanak-saudara, rakan-taulan dan masyrakat sekeliling. Hari terakhir dalam bulan Ramadhan, kita bukan main seronok hingga tidak berpuasa. Bukan main seronok kita beraya walaupun Ramadhan yang merupakan tetamu belum lagi meninggalkan kita.

Bila Allah suruh kita solat 5 waktu...kita hanya taat bila solat sunat hari raya. Kita jadi orang yang paling bersemangat untuk memperagakan baju baru di surau atau di masjid.

Bila Allah suruh kita berinfaq...kita setakat bagi dalam jumlah yang paling kecil. Atas alasan ikhlas. Itu pun pemberian kita disusuli dengan pertanyaan-pertanyaan tentang hala tuju duit tersebut....

Jadi...Islam apakah yang kita anuti? Umur semakin meningkat tetapi apa yang dikejar dan dikumpul setakat ini hanyalah untuk dunia semata-mata.

P/S : "Posting" pertama untuk tahun ini. Dah berkulat dan bersawang rupanya....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .