08 September 2015

Perang Sudah Meletus....



Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan UPSR bermula. Peperiksaan ini akan berakhir pada hari Khamis dengan kertas terakhir iaitu ujian aptitud. Ramai yang kecut perut... Ramai yang susah hati... Ramai yang berdebar-debar... Guru, murid dan ibu bapa berkongsi perasaan dan mengharapkan keputusan yang terbaik dapat dijelmakan. Seperti mana peminat bola sepak yang mengharapkan keputusan terbaik daripada pasukan negara. Maaf termasuk pula bab bola sepak....

UPSR walau pun hanya peperiksaan di sekolah rendah tetapi tetap menjadi keutamaan. Berbekalkan keputusan yang cemerlang akan melayakkan murid diterima masuk ke sekolah-sekolah menengah yang terbaik. Selepas itu mereka akan menduduki pula peperiksaan-peperiksaan utama yang lain seperti PT3, SPM dan mungkin STPM sebelum melanjutkan pelajaran ke menara gading. Bagi pelajar sekolah menengah aliran agama pula mereka akan menghadapi peperiksaam Idadi semasa di tingkatan 2, Thanawi di tingkatan 4 dan STAM di tingkatan 6.


Selepas UPSR akan menyusul pula beberapa peperiksaan utama lain mengikut jadual di atas. Murid Tahun 6, sekiranya peperiksaan berjalan dengan lancar pada kali ini tanpa insiden "soalan bocor" pasti akan merasa lega. Giliran pelajar lain pula yang kecut perut. Menanti dalam debaran demi menghadapi salah satu ujian getir dalam kehidupan mereka. Usaha dan doa perlu seiring. Pengantungan kepada ALLAH juga adalah perlu.

P/S : Teringat juga masa menghadapi peperiksaan dulu-dulu. Bermacam ujian getir dilalui. Persediaan bukanlah sehebat seperti budak sekarang. Kelas-kelas tuisyen atau kelas tambahan jauh sekali. Hanya usaha sendiri disamping tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Selebihnya berdoa dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .