18 October 2015

Selesai sudah bagi tahun ini.










Latihan Kem Tahunan (LKT) RSDM(AW) 2015 telah pun selesai dijalani. Latihan yang bermula daripada 3 Oktober hingga 17 Oktober itu telah menguji tahap kesiapsiagaan anggota. Seandainya berlaku sebarang konflik dan anggota simpanan dikerah sepenuh masa maka anggota akan bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Walaupun LKT berlangsung selama 2 minggu, aku hanya dapat mengikuti latihan pada minggu ke-2 disebabkan aku perlu menyelesaikan tugasan di sekolah terlebih dahulu. Biasalah menjelang akhir tahun, tugas seorang guru akan berganda. Penyediaan soalan dan berbagai tugasan lain perlu dilaksanakan.

Antara aktiviti yang sempat dijalani ialah menembak di lapang sasar, pandu arah, sukan dan perbarisan penutup LKT 2015. Aktiviti yang paling mencabar sudah tentulah aktiviti pandu arah. Kami dilepaskan di kawasan Batu Kurau dan aku memimpin "Sendikit 3". Kami perlu meredah kawasan bendang, sawit, sungai dan juga paya untuk ke sesuatu lokasi yang diarahkan.

Ada 4 "check point" semuanya dan benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai perasaan suka dan duka yang dirasai. Walau pun penat dan letih ditambah dengan kaki yang mulai sakit kami bertekad untuk menyudahkan segalanya.

Perbarisan Penutup yang dijalankan pada hari Jumaat, 16 Oktober merupakan detik yang aku nanti-nantikan. Majlis pemakaian pangkat setelah permohonanku pada tahun lepas telah diluluskan. 5 tahun lamanya aku menunggu selepas ditauliahkan pada Feb 2010. Inilah puncak kepuasan kepada diriku sepanjang menceburi lapangan ketenteraan dalam tentera darat walau pun sebagai sukarelawan sejak April 2006. Lagi pun pangkat ini bukan diperolehi di tepi-tepi jalan atau dibeli di kedai-kedai tetapi berdasarkan kreteria-kreteria yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (BPS). Perlu juga mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) menjalani ujian dan latihan sebagai seorang pegawai yang ditauliahkan oleh YdPA. Jadi adalah wajar jika aku merasa bangga apabila segala jerih payahku selama ini dihargai oleh pasukan.

P/S : Selain ucapan syukur kepada Ilahi, aku ucapkan penghargaan kepada keluargaku, terutamannya kepada abah, mak, isteriku, anak-anakku dan jurulatih-jurulatih tetap sama ada yang telah bersara atau masih dalam perkhidmatan. Sesungguhnya mereka telah menjadi pembakar dan pemberi semangat kepadaku. Tanpa mereka tak mungkin aku akan berada pada tahap ini sekarang....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .