19 October 2015

Ujian Sumatif 3.

Dahulu Ujian Sumatif 3 dikenali sebagai Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) atau Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 2 (PKSR 2). Selari dengan perubahan kepada KSSR maka namanya juga turut berubah. Lebih kurang macam penjenamaan semula. Objektifnya tetap sama untuk menguji kemampuan murid dan penentuan terhadap kelas mana yang akan mereka duduki pada tahun hadapan. Guru-guru mata pelajaran juga akan memperolehi maklumat tentang tahap  anak didik mereka masing-masing. Sama ada "Pengajaran dan Pembelajaran" (PdP) yang dilaksanakan selama ini berkesan atau pun tidak.

Elemen-elemen "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" KBAT juga diberikan tumpuan. Guru-guru yang menjadi pengubal soalan dikehendaki memasukkan elemen ini didalam soalan. Nampak gayanya terpaksalah murid-murid mengerutkan dahi masing-masing apabila bertemu dengan soalan-soalan sebegini. KBAT juga adalah sebahagian daripada ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21.

P/S : Keletihan masih melanda diri walau pun dapat peluang untuk berehat selama 1 hari. Mungkin juga faktor penuaan. Kecergasan lambat pulih setelah berpenat-lelah selama seminggu....


No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .