Sabtu - Seawal pukul 8 pagi selepas menghantar puteriku menjalani latihan bola jaring di sekolahnya (sekolahku juga) aku terus ke pusat servis. Setelah terlajak laris...eh, terlajak tarikh melewati beberapa minggu akhirnya pada hari ini barulah aku berpeluang untuk menghantarnya.
Sementara menunggu kenderaanku siap diselenggara aku ke kedai makan yang berhampiran. Lagi pun perut pun sudah mendendangkan lagu-lagu yang menyeksakan jiwa dan perasaanku. Jadi kenalah diisi dengan makanan dan minuman. Sambil berjalan kaki, aku sempat mengambil gambar bangunan di atas. Secara tak langsung mengembalikan semula nostalgia lama akan tempat ini.
Dulu Medan Kidd dipenuhi dengan bas-bas ekspres. Baik yang menuju ke utara mahu pun ke selatan. Bagi kami para guru pelatih yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Inilah tempatnya yang akan menjadi transit sebelum kami bergerak pulang bertemu keluarga tercinta.
Berebut untuk membeli tiket dalam tempoh sebulan sebelum balik adalah rutin kami. Apabila musim perayaan menjelang tiba maka bergegaslah kami ke sini. Beratur dan membeli tiket. Sekiranya habis terpaksalah mencari tiket bas ekspres tambahan. Nasiblah...jika tidak ditipu, sampailah kami ke kampung.
Bila pulang ke maktab semula, kebiasaannya aku akan sampai ke Medan Kidd sekitar jam 3 pagi. Jika mahu balik segera ke Hulu Kinta aku boleh mengambil teksi. Tetapi bayarannya agak mahal. Tambang yang dikenakan antara RM18-20 bergantung kepada pemandu teksi. Bagiku membayar tambang berkenaan boleh menyebabkan aku "miss soru" selama beberapa hari. Yalah, yuran pelatih maktab pun pada waktu itu hanya RM345. Jadi terpaksalah berdikit-dikit.
Kebiasaanya aku akan melepak di sini. Baring dan cuba melelapkan mata di atas bangku-bangku yang kosong (jika ada). Hampir Subuh aku bergerak ke Masjid Negeri untuk menunaikan apa yang fardu ke atasku. Sekitar jam 7 pagi aku akan bergerak ke stesyen bas henti-henti yang terletak berhadapan Medan Kidd dan seterusnya mengambil bas untuk ke Hulu Kinta. Begitulah rutinnya sepanjang aku menjadi penghuni di Maktab Perguruan Hulu Kinta, bas di Medan Kidd akan menjadi "rakan karib" untuk membawaku pulang ke Endau, Johor.
Selepas berkahwin dalam 3 tahun pertama, aku dan isteri masih menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke Johor. Sebulan sebelum kami menerima cahaya mata pertama barulah kami dapat membeli sebuah kereta terpakai. Jadilah...boleh dibuat untuk pulang ke kampung. Mulai saat itu perkhidmatan bas ekspres bukan lagi menjadi pengangkutan utama kami. Medan Kidd semakin kami lupakan. Sehinggalah stesen bas ekspres di Medan Kidd dipindahkan ke Medan Gopeng dan kini dipindahkan ke Terminal Amanjaya. Medan Kidd semakin lengang dan tidak lagi sesesak dahulu.
Bila dikenangkan semula, guru-guru pelatih zaman sekarang adalah generasi yang beruntung. Mereka mempunyai kenderaan masing-masing. Paling "lekeh" pun kata budak-budak sekarang, mereka akan mempunyai motorsikal. Setakat jenama Honda EX5, mereka tak pandang pun. Mesti nakkan motorsikal berjenama hebat. Bagi yang berkemampuan pula, mereka sudah mempunyai kereta. Elaun mereka sebagai guru pelatih pun tinggi. Kami dulu hanya sijil tetapi mereka kini keluar dengan memperolehi ijazah.
Tetapi cara kita berkerja pasti tidak akan sama. Kami telah biasa susah manakala guru pelatih generasi kini telah biasa senang. Jati diri kita juga berbeza. Cuma bila telah ditempatkan di mana-mana sekolah kelak janganlah bongkak dan bangga diri. Cikgu lama lebih berpengalaman dan banyak ilmu yang boleh ditimba daripada mereka. Kamu hanya keluar dengan teori dan masih cetak dengan kerja-kerja praktikal dan asam-garam dunia pendidikan. Jadi jangan berlagak dengan segulung ijazah yang dimiliki.
P/S :Dulu...abah mengingatkan aku, "pengalaman adalah guru yang paling berguna." Aku pegang kata-kata tersebut sehingga sekarang. Melalui pengalamanlah juga merasai apa yang telah aku kecapi sekarang. Budak-budak sekarang jika boleh nak terus senang-lenang. Susah-susah ni mereka tak mau. Mak bapak tak ikut cakap anak-anak nanti mereka akan memberontak. Terbukti salah satu tanda-tanda akhir zaman telah berlaku iaitu "ibu-ibu melahirkan tuannya."

No comments:
Post a Comment