Sebelum peperiksaan bemula Cikgu
Dol memberikan penerangan ringkas kepada murid-muridnya kelas 6 Al-Keladi.
"Kamu akan menerima 3 set
kertas ujian Sumatif 3 Bahasa Melayu. Kertas jawapan objektif, kertas jawapan
untuk soalan struktur dan kertas soalan pemahaman aneka pilihan. Kertas soalan
tidak perlu dihantar... hanya kertas jawapan objektif dan kertas jawapan
struktur sahaja perlu dihantar. Kertas soalan boleh kamu simpan untuk
perbincangan di dalam kelas. Faham semua?"
"Faham cikgu!!!" jawab
murid serentak.
Peperiksaan selama 1 jam 15 minit
itu pun bermula. Murid menjawab soalan dengan tekun. Ada yang siap cepat...ada
yang tidur...ada yang melukis...ada yang mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Semasa pertengahan peperiksaan
Cikgu Dol mengulangi lagi arahannya, " Kertas soalan tidak perlu
dihantar... hanya kertas jawapan objektif dan kertas jawapan struktur sahaja
perlu dihantar. Kertas soalan boleh kamu simpan untuk perbincangan di dalam
kelas. Faham semua?"
"Faham cikgu!!!" jawab
murid perlahan.
Sebelum ujian berakhir, cikgu Dol
mengulangi arahannya, " Kertas soalan tidak perlu dihantar... hanya kertas
jawapan objektif dan kertas jawapan struktur sahaja perlu dihantar. Kertas
soalan boleh kamu simpan untuk perbincangan di dalam kelas. Faham semua?"
"Faham cikgu!!!" jawab
murid serentak.
"Baiklah murid-murid, masa
menjawab telah tamat. Semak nama kamu. Sebentar lagi kertas jawapan akan
dikutip."kata Cikgu Dol lagi.
Seorang murid perempuan
mengangkat tangan lalu berdiri.
"Cikgu, saya nak bertanya."
kata Sufiah sambil tersengih macam kerang busuk.
"Silakan Sufiah." jawab
Cikgu Dol ringkas.
"Cikgu, saya nak tanya...
saya nak hantar kertas yang mana satu?"
Saat mendengar soalan itu, mata
Cikgu Dol mulai berkaca. Sufiah dipandang kecik-besar...kecik-besar.
Dalam hati Cikgu Dol,
"siapakah yang silap???"
"Jebatkah silap atau Tuahkah
yang silap...."



No comments:
Post a Comment