22 May 2016

Cikgu Andak seorang guru Matematik.


Ini kisah Cikgu Matematik yang bernama Cikgu Andak. Bukan cikgu BM, bukan cikgu BI dan bukan juga cikgu Sains. Memang dia cikgu matematik sejati. Setakat nombor 1 hingga 10 memang dalam otaknya. Bak kata orang sekarang... macam makan kerepok lekor promosi di Kampung Losong. Ambil, masukkan dalam mulut dan kunyah. Tak perlu bayar... FOC.

Usai peperiksaan Sumatif 2 matematik Tahun 6, muka Cikgu Andak masam mencuka. Masamnya jika dibandingkan dengan 10 botol susu yogurt pun belum tentu sama.

Kawan baiknya, Cikgu Babah perasan akan perubahan sikap Cikgu Andak.

"Ngape Andak? " tanya Babah dalam loghat Peraknya.

"Budak-budak aku nie Babah... " jawab Andak sambil melepaskan keluhan.

"Ngape? Cer cerite-cer cerite..."ucap Cikgu Babah sambil memandang muka rakannya. Kelihatan mulutnya mengunyah-nguyah gula-gula getah jenama tempatan.

"Aku nie punyalah jenuh membuat soalan. Berjaga sampai pukul 3 pagi. Pagipagi lagi dah kena tunjuk soalan-soalan tu pada "Munsyi Matematik". Muka surat pertama dah kena "reject". Dah buat pembetulan, hantar semula pun masih ada yang tak betul... tension aku. Rasa nak penerajang aje... " Andak meluahkan perasaannya. Penuh penghayatan seperti seorang penyajak mengungkapkan sajak-sajaknya.

Sambung Cikgu Andak lagi, "tadi bila aku bagi soalan pada murid. Dalam masa 5 minit, dia dah siap. Murid-murid lain pula bila aku suruh semak 5 minit sebelum masa tamat pun buat tak tahu. Mau aku tak "hangin" satu badan."

"Sabarlah Andak. Dah nasib kita. Buat soalan berhari-hari. Murid jawab tak sampai beberapa minit." Cikgu Babah memberikan kata-kata semangat. Mengharapkan agar Andak kembali normal supaya perasaan rakannya itu tidak terbeban lagi.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .