08 December 2016

Hidup Ini Suatu Ujian



Dua kisah pasal salah alamat...

April 2006 aku berpindah rumah. Dari Tambun ke Klebang.

Mac 2007, aku ditukarkan ke sekolah yang lain. Alasan pihak atasan ialah sekolah lamaku terlebih opsyen dan menurut kata salah seorang pegawai PPD (kini menjawat jawatan guru besar) yg bertugas, "cikgu ditukarkan ke sekolah itu berdasarkan alamat rumah di Tambun, jadi lebih dekat utk cikgu pergi ke sekolah ini."


Jawabku, "tapi...saya dah pindah ke Klebang, sudah hampir setahun saya tinggal di sana".

Aku akur walau pun sebenarnya sekolah baharuku itu lebih jauh dari rumahku di Klebang.

Oktober 2016 (hampir 10 tahun daripada kisah yang pertama)...

Aku menerima surat saman daripada JPJ, atas alasan aku gagal menghadiri temusiasat di Bahagian Penguatkuasaan pada bulan April 2015.

Aku bertemu dengan pegawai JPJ. Dia memaklumkan bahawa surat telah dihantar oleh pihak JPJ dan tidak dituntut di pejabat pos. Apabila dilihat pada alamat yang dihantar, ternyata pihak JPJ menggunakan alamat lama di Tambun.

Dia menyatakan tiada sebarang rayuan dan aku dikehendaki membayar saman tersebut walau pun terbukti berlaku kesilapan alamat yang menyebabkan aku tidak menerima surat panggilan temusiasat yang pertama itu. Tambahnya lagi aku dinasihatkan agar membayar sahaja saman tersebut tanpa perlu membawa kes tersebut ke mahkamah. Alasannya jika ke mahkamah, denda yang akan dikenakan nanti lebih tinggi daripada yang dikenakan oleh pihak JPJ.

Maka terpaksalah aku akur juga dengan membayar saman tersebut walau pun di dalam hati terbit perasaan tidak puas hati.

Agak-agaknyalah bila pihak atasan atau pihak berkuasa buat kesilapan sebegini, kita sebagai orang awam hendak mengadu ke mana?

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .