11 February 2019

Aku Sibuk!!! Aku Banyak Kerja!!! Asyik-asyik Alasan itu saja.

"Alim, tolong ibu sediakan makanan untuk adik," pinta ibu yang sedang membasuh pinggan-mangkuk di singki.

"Baiklah ibu." Alim mencedokkan nasi ke dalam pinggan. Dia kemudiannya meletakkan gulai tempoyak dan sayur bayam. Hidangan yang menyelerakan. Asap nipis daripada nasi yang masih panas sudah pasti akan membuka selera.

"Udin, mari makan. Nasi telah abang sediakan. Ada di atas meja."

"Ala, abang... kejaplah," jawab Udin. Dia sebenarnya leka menonton cerita Korea.

"Kalau Udin malas, marilah abang tolong suapkan." Jawab Alim yang mulai bosan dengan perangai bertangguh-tangguh adiknya itu.

Udin mulai merasa tidak selesa dengan desakan abangnya itu. Dia lantas menjerit dengan kuat, "Abang ni kelam-kabut pasai apa???" Bentaknya.

"Adik tahulah nak makan bila. Lagi pun adik tengah banyak kerja untuk dibuat. Abang apa tahu..." lantang sungguh tutur-kata Udin kepada abangnya.

"Abang telah hidangkan nasi itu sejak dari tadi lagi. Lauknya pun abang telah letakkan sekali. Susah sangat ke kamu nak pergi makan? Kalau setakat kamu terbaring-baring sambil menonton cerita Korea tu tak payahlah kamu nak kata yang kamu banyak sangat kerja. Kamu boleh saja makan dulu. Kemudian sambunglah menontonnya kembali. Apa kamu ingat hanya kamu seorang sahaja yang banyak kerja. Kamu ingat abang ni goyang kaki atau silang-pangku aja ke???"

Selesai bercakap. Alim terus berlalu. Dia sememangnya bengang dengan sikap adiknya yang suka menangguh-nangguhkan sesuatu urusan.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .