14 August 2019

Kisah Seorang TA

Teringat peristiwa kira-kira 7 tahun yang lepas. Pada masa itu, aku ditugaskan untuk mengiringi CO untuk membuat kunjungan ke detachment di lokasi-lokasi yang ditetapkan. Terdapat 3 "Detachment" diwujudkan sempena latihan Camar Sakti yang diadakan di negeri Kedah.

Kata CO, "askar ni sampai nak pencen pun akan dipanggil budak-budak".

"Kenapa yer, tuan?" Soalku pendek dan pada masa yang sama aku sempat memandang ke arah Gunung Jerai yang menjadi lambang sejarah sebuah tamadun purbakala.

"Kamu perhatikan. Askar ni kerjanya asyik berlatih. Sejak daripada rekrut, mereka akan terus menjalani latihan tanpa henti untuk memantapkan ilmu dan kemahiran dalam bidang ketenteraan. Mereka akan berkursus selama berbulan-bulan untuk kenaikan pangkat. Mereka akan sentiasa belajar dan terus belajar. Macam budak-budak kan..."

Perbualan itu terhenti apabila kami tiba di kawasan Lembah Bujang yang merupakan penempatan "detachment" yang pertama.

Itulah CO terbaik yang sempat aku berkhidmat dibawahnya. Seorang CO yang sangat menghargai anggota-anggota bawahannya walau pun kami hanya merupakan pegawai-pegawai sukarela. Namun begitu tanggungjawabnya di rejimen kami tidak lama kerana beliau di"posting"kan lagi ke tempat yang lain.

Kehadiran CO yang baharu membuatkan kami betul-betul menjadi "budak-budak askar" selepas itu. Apa nak buat... Redah ajalah....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .